Mesyuarat AGM Kelompok Rajawali Kedua

Mesyuarat AGM Kelompok Rajawali kali ke2 telah berlangsung dengan jayanya walaupun bermula agak lewat sedikit iaitu pada pukul 10 pagi. Di hadiri lebih kurang 40 orang penghuni bagi membincangkan isu dan perkara berbangkit.

Antara isu yang diutarakan adalah mengenai :-

  1. Kawalan keselamatan
  2. Kebersihan
  3. Penyelenggaraan - air, elektrik, astro
  4. Blog Rajawali
Usul yang dibangkitkan ialah :
  1. Penjualan @ penyewaan petak tempat letak kereta - SETUJU
  2. Penyelenggaraan dinaikkan dari RM75 ke RM100 - TIDAK SETUJU
  3. Elaun sebanyak RM100 sebulan untuk AJK yang bertugas dikaunter - SETUJU
  4. Memperkenalkan pelekat kenderaan motorsikal - SETUJU
  5. Caj pelekat kenderaan motorsikal adalah RM30 setahun - SETUJU
  6. Tempat letak motorsikal di letakkan di tengah - SETUJU

Di samping itu, Pengerusi dan Setiausaha JMB iaitu saudara Adnan dan saudara Shahrul telah menarik diri dari memegang jawatan kerana komitmen masing-masing. Dari perbincangan dan keputusan dari mesyuarat telah melantik Pengerusi dan Setiausaha baru iaitu saudara Abu Hassan dan saudara Fauzi.

Mesyuarat juga telah melantik 4 AJK baru iaitu 2 untuk menggantikan AJK lama yang telah dinaikkan pangkat dan diganti oleh saudara Razali dan saudara Azmi. Jawatan baru telah diperkenalkan iaitu Audit Dalaman dengan melantik bekas pengerusi iaitu saudara Adnan dan Datin Sharifah.

Untuk maklumat lanjut tentang organisasi baru boleh merujuk kepada laman di bawah:
http://jmbrajawali.blogspot.com/

0 comments: