Mesyuarat Agung JMB Kali Ke 3 Tahun 2013 (22 Sept 2013)

0 comments

Berikut adalah cadangan @ usul yang diterima dari penghuni:

1. Menambah pendapatan seperti menanam serai dikawasan sekitar Apartment Rajawali dan hasil penjualan dimasukkan kedalam Akaun JMB

2. Menyewakan tapak perniagaan seperti dobi @ kedai runcit di Ruang Legar Rajawali

3. Mewujudkan Koperasi JMB untuk pengurusan perniagaan bagi menambah sumber kewangan JMB

4. Pembukaan semula penghadang jalan disebelah kanan Pondok Pengawal Rajawali menuju Persiaran Usahawan dari 6.00pagi hingga 12.00malam untuk mengelakkan kesesakan lalulintas terutamanya diwaktu pagi @ petang

5. Pembersihan berkala dilakukan di bahagian ruang legar, tempat letak kereta, tangga dan koridor. Pengangkutan sampah hendaklah dikerapkan.

6. Penyewaan petak parking Reserve hendaklah diundi seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat agung yang lepas dan tiada pengecualian tempat dan harga termasuk AJK

7. Petak paking pelawat ditempatkan seperti sediakala disebelah tempat sampah supaya lebih banyak pelawat dapat parking berlapis

8. Penyelenggaraan lift yang rosak dengan segera. Sekiranya masaalah kewangan , kutipan yuran secara tegas perlu dilaksanakan (termasuk pemotongan bekalan air)