Berikut adalah cadangan @ usul yang diterima dari penghuni:
1. Menambah pendapatan seperti menanam serai dikawasan sekitar
Apartment Rajawali dan hasil penjualan dimasukkan kedalam Akaun JMB
2. Menyewakan tapak perniagaan seperti dobi @ kedai runcit di
Ruang Legar Rajawali
3. Mewujudkan Koperasi JMB untuk pengurusan perniagaan bagi menambah sumber kewangan JMB
4. Pembukaan semula penghadang jalan disebelah
kanan Pondok Pengawal Rajawali menuju Persiaran Usahawan dari 6.00pagi hingga
12.00malam untuk mengelakkan kesesakan lalulintas terutamanya diwaktu pagi @
petang
5. Pembersihan berkala dilakukan di bahagian ruang legar, tempat
letak kereta, tangga dan koridor. Pengangkutan sampah hendaklah dikerapkan.
6. Penyewaan petak parking Reserve hendaklah diundi seperti yang
dipersetujui dalam mesyuarat agung yang lepas dan tiada pengecualian tempat dan
harga termasuk AJK
7. Petak paking pelawat ditempatkan seperti sediakala disebelah
tempat sampah supaya lebih banyak pelawat dapat parking berlapis
8. Penyelenggaraan lift yang rosak dengan segera. Sekiranya
masaalah kewangan , kutipan yuran secara tegas perlu dilaksanakan (termasuk pemotongan bekalan air)
0 comments:
Post a Comment